SEJARAH HOKI

Hoki merupakan salah satu permainan popular di dunia. Ia mula dikenali di peringkat antarabangsa pada tahun 1890-an dan telah menjadi satu sukan demontrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 di Paris. Ia telah dipertandingkan di Sukan Olimpik secara terbuka pada tahun 1928 yang diadakan di Amsterdam. Selepas 100 tahun permainan hoki diperkenalkan sebagai satu permainan antarabangsa, banyak perubahan yang berlaku dalam peraturan, gaya bermain dan alatan tanpa menukar bentuk asal atau ciri-ciri permainan.

Menurut catatan, hoki mempunyai sejarah yang panjang dan menarik iaitu bukti pertama menunjukkan bahawa hoki mula dimainkan lebih kurang 4000 ribu tahun yang lalu. Salah satu dinding makam Bani Hasan di Mesir yang dibina sekitar 2000 tahun S.M, menunjukkan sebuah lukisan yang menggambarkan dua orang melakukan buli seperti dalam permainan hoki.Seterusnya, sekitar tahun 500 S.M dipercayai bahawa hoki telah wujud di Paris , Greece dan Rome berdasarkan arca dinding yang telah ditemui.

Di Scotland, hoki dikenali sebagai shinty, di England dikenali dengan nama commock manakala di Wales hoki dikenali sebagai banty. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa perkataan hoki diambil sempena daripada permainan yang digunakan di Perancis, iaitu hoquet.Pada pertengahan tahun1800-an, hoki menjadi popular di sekolah-sekolah England dan pada waktuitu juga penubuhan beberapa kelab hoki seperti Kelab Hoki Wimbledon(1883) dan Blacheath (1861).

Pada tahun 1800-an, pemain menggunakan bola gabus atau getah yang dibungkus dengan tali yang berlapis-lapis. Bola ini mula digantikan dengan bola kriket yang diwarnakan cat putih sekitar tahun 1875. Kayu hokipula diperbuat daripada kayu ash atau oak yang mempunyai lengkung semulajadi di hujungnya.

Gelanggang hoki yang digunakan pula adalah berukuran 150 meter panjang dan 180 meter lebar manakala pintu gol didirikan menggunakan dua tiang gol berjarak sembilan meter.Peraturan permainan hoki telah dirangka oleh British Hockey Association (BHA)pada tahun 1886 dan telah diterima oleh beberapa negara seperti Scotland, Wales, Ireland, Belgium dan Perancis. Pada tahun 1894,perlawanan hoki antarabangsa pertama telah berlangsung antara England dengan Ireland dan seterusnya mula berkembang ke negara-negara lain.Permainan hoki mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1908dan dihentikan seketika disebabkan Perang Dunia Kedua. Di negara Asia, permainan hoki mula dipertandingkan pada tahun 1958 dalam Sukan Asia di Tokyo.

Perkembangan hoki di Malaysia bermula pada tahun 1948 iaitu dibawah pentadbiran Majlis Hoki Malaya (MHC) yang ditubuhkan bersama Singapura. Kini, pertubuhan sukan kebangsaan yang dikenali sebagai Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) dengan semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan, angkatan tentera dan polis diraja sebagai ahli persekutuan.Malaysia telah menyertai pelbagai pertandingan di peringkat antarabangsaantaranya ialah Sukan Asia, Sukan Komanwel, Piala Dunia dan Piala Belia Remaja. Sehingga hari ini, Malaysia merupakan antara 15 buah negara terbaik dalam sukan hoki di dunia dan telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik sebanyak sembilan kali sejak tahun 1956.

0 Comments:

Post a Comment