UNDANG-UNDANG PERMAINAN HOKI

 
PERATURAN

  1. Pemain hendaklah sentiasa memegang kayu di tangan. 
  2. Dilarang memegang, memukul, menyangkuk atau menyepak kayu pihak lawan. 
  3. Dilarang menaikkan bola dengan cara bahaya.
  4. Dilarang bermain bola menggunakan tangan atau kaki 
  5. Bola mestilah tidak terkena kaki.
  6. Antara faul yang biasa dilakukan adalah seperti berikut : 

  • Menggunakan belakang kayu untuk memainkan bola.
  • Memainkan bola melebihi paras bahu. 
  • Menggunakan tubuh untuk menghalang pihak lawan daripada memainkan bola.
  • Menyerang, menyepak atau menolak pihak lawan dan memegang pakaian dengan tujuan mengganggu atau mencederakannya.                       
  7. Hukuman terhadap faul
  
Faul dilakukan di luar kawasan D
  •  Pasukan penyerang mendapat  pukulan percuma. 
  • Pasukan penyerang mendapat pukulan sudut penalti, jika pasukan bertahan dengan sengaja membuat sebarang jenis faul dalam kawasan 25ela(22.9cm)    

Sekiranya faul dilakukan dalam kawasan D
 
  • Pasukan bertahan mendapat pukulan percuma jika pasukan bertahan melakukan faul.
  • Pasukan penyerang mendapat  sudu  penalti jika pasukan bertahan melakukan faul. 
  • Pasukan penyerang mendapat stork penalti jika pihak bertahan melakukan faul dengan sengaja.
 

KEMAHIRAN ASAS SEPAK TAKRAW

KEMAHIRAN ASAS SEPAK TAKRAW

KEMAHIRAN TIMANGAN BOLA

Kemahiran ini penting untuk menyelamatkan bola yang berada jauh daripada jangkauan untuk kawalan bahagian dalam kaki. Apabila telah berjaya menyelamatkan bola, kembali gunakan bahagian dalam kaki untuk kawalan bola. Teknik ini perlu dilakukan secara perlahan-lahan kerana kekuatan yang kuat akan menyebabkan bola cenderung untuk hilang kawalan.





KEMAHIRAN SEPAK

Memaha 
Kemahiran ini merupakan satu teknik menampan atau menahan bola yang dihantar daripada pihak lawan. Memaha ini biasanya akan disusuli oleh kemahiran sepak untuk menghantar atau melambung bola.



KEMAHIRAN SERVIS

1.     Servis Kuda
-     Kemahiran ini telah diperkenalkan oleh negara Thailand. Pada mulanya kemahiran servis ini mendapat tentangan khususnya daripada Malaysia kerana  dengan adanya servis kuda ini telah menyebabkan sebahagian seni permainan takraw telah hilang. Akhirnya, Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) telah menerima pakai kemahiran servis kuda ini.


2.     Servis Semi Lob 
-       Merupakan servis asas. Servis dilakukan dengan tujuan untuk menghantar bola ke bahagian belakang gelanggang.

3.     Membaling Bola Servis
  •              Apit kiri atau apit kanan ditugaskan untuk membaling bola servis. Apit perlu mendengar arahan daripada pengadil kejohanan. Apabila selesai sahaja pengadil membuat arahan, apit hendaklah mengambil posisi yang betul dalam suku bulatan.
  •          Bola perlu dipegang dengan kemas dan tumpuan hendaklah diberikan kepada ketinggian yang diminta oleh tekong. Apit juga perlu memastikan bola akan sampai daripada jarak balingan yang dibuat.
  •  
    KEMAHIRAN REJAMAN

    Rejaman dilakukan untuk mematikan bola ke dalam gelanggang pihak lawan. Berbagai cara rejaman yang boleh dilakukan dan antaranya ialah:
    -       kilas
    -       lipatan gunting
    -       gulung        






    Menanduk
    Rejaman menggunakan kemahiran menanduk amat sesuai diguna pakai ketika bola berada di tengah-tengah jarring atau hampir dengan jaring. Tandukan dibuat dengan menggunakan bahagian hadapan dahi atau tandukan sisi kiri atau sisi kanan.

    Rejaman Gunting
    Kebiasaannya, teknik rejaman ini digunakan apabila bola lambungan berada berhampiran dengan jaring.

    KEMAHIRAN MENGHADANG

    Sejenis kemahiran tinggi yang diperlukan oleh setiap orang pemain. Teknik ini bertujuan untuk mematahkan rejaman pihak lawan daripada masuk ke dalam gelanggang. Menghadang boleh dilakukan dengan menggunakan kaki, paha, tapak kaki, bahagian badan dan kepala.



    KEMAHIRAN MENANDUK

    Merupakan salah satu daripada kemahiran sepak takraw yang penting. Kemahiran ini digunakan untuk menyerap servis daripada pihak lawan dan kadangkala digunakan untuk menghantar bola ke dalam gelanggang lawan dan mematikan servis. Kemahiran menanduk dilakukan di bahagian dahi, belakang, sisi kiri dan sisi kanan.







    SEJARAH SEPAK TAKRAW

    Permainan sepak takraw pada awalnya dikenali sebagai sepak raga. Permainan sepak raga ini telah wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, rakyat jelata amat meggemari permainan ini selain golongan bangsawan. Dalam sejarah Melayu ada menjelaskan tentang Raja Muhammad, putera kepada Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjak yang dipakainya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.


    Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Kini, bola sepak takraw telah digantikan dengan penggunaan bola sintetik.


    Di Malaysia, permainan ini dikenali sebagai sepak raga. Manakala di Filipina, ianya lebih dikenali sebagai sipa, di Burma dikenali sebagai chinlone, di Laos dikenali sebagai kator dan di Thailand dikenali sebagai takraw. Permainan sepak takraw yang ada sekarang ini merupakan adaptasi permainan sepak raga dan badminton. Pada tahun 1940-an, permainan ini telah dimainkan dengan menggunakan jaring dan mengikut sistem kiraan mata seperti badminton. Pada 15 April 1960, undang-undang dan peraturan awal permainan sepak raga jaring telah pun digubal dan disusun secara bertulis. 


    Pada tahun 1965, di Sukan SEAP, permainan sepak takraw mula dipertandingkan buat pertama kalinya di peringkat antarabangsa. Sebelum Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP Malaysia menerima sukan ini, perbincangan telah dijalankan di antara wakil-wakil Malaysia dan Singapura dengan wakil-wakil dari negara Thailand dan Burma untuk memutuskan nama bagi permainan ini. Akhirnya, kata sepakat dapat dicapai dan permainan sepak raga ini diberi nama baru iaitu SEPAK TAKRAW.

    SEJARAH TENIS

    Tenis ternyata merupakan olahraga yang sudah sangat tua. Terekam pada pahatan yang dibuat sekitar 1500 tahun sebelum masehi di dinding sebuah kuil di mesir yang menunjukan representasi dari permainan bola tenis dan dimainkan pada saat upacara keagamaan. Permainan ini kemudian meluas ke seluruh daratan eropa pada abad ke-8.

    Pada awal perkembangannya tenis dimainkan dengan memakai tangan atau sebuah tongkat yang dipukulkan bergantian menggunakan sebuah bola dari kayu yang padat. Permainan ini kemudian berkembang lagi menjadi permainan bola dengan dipukulkan melintasi sebuah dinding penghalang,kerana pada saat itu dirasakan bahawa kawal bola lebih terasa menggunakan tangan, maka media yang berkembang pada waktu itu adalah dengan menggunakan sarung tangan kulit yang kemudian berevolusi kembali dengan menambahkan gagang. Inilah cikal bakal lahirnya sebuah raket tenis. Bola pun berevolusi dari sebuah bola kayu padat menjadi bola dari kulit yang diisi oleh dedak kulit padi.

    Tenis ialah satu permainan yang boleh dimainkan di dalam gelanggang sama ada di luar mahupun di dalam dewan yang tertutup. Tenis boleh dimainkan oleh semua peringkat umur, lelaki dan wanita secara perseorangan, beregu dan beregu campuran. Antara peralatan utama yang diperlukan untuk permainan tenis adalah seperti gelanggang, raket dan bola. Selain itu, peralatan pemain juga harus disediakan.




    KEMAHIRAN ASAS HOKI

    Terdapat tujuh kemahiran asas dalam permainan hoki iaitu : 

    Kemahiran Menolak 

    Kemahiran menolak amat penting untuk dikuasai. Kemahiran ini berguna untuk membuat hantaran ,clearance atau untuk menjaringkan gol. Ia boleh dilakukan dengan pantas dan serta-merta tanpa disedari oleh pihak lawan. Walaupuntolakan tidak sekuat pukulan, tetapi ia boleh digunakan dalam kedudukan sukar semasa kemahiran tidak boleh digunakan. Kemahiran ini juga digunakan ketika menolak bola semasa memulakan sudut penalti.

    Kemahiran Menahan atau menyerkap bola

    Menahan atau menyerkap bola bermakna mengawal dengan memberhentikan bola yang bergerak  sama ada dari hantaran kawan atau menghalang hantaran lawan.

    Kemahiran Memukul 

    Memukul adalah penting dalam permainan hoki kerana melalui kemahiran ini bola boleh dihantar dengan cepat dan jauh kepada rakan sepasukan. Pukulan yang tepat ke sasaran melancarkan pergerakan serangan ketika bermain.

    Kemahiran Menguis

    Kemahiran menguis membolehkan bola dihantar melalui udara dan ia juga digunakan ketika melakukan strok penalti dan menjaringkan gol.

    Rajah  1 : Kemahiran menguis untuk
     hantaran kayu pemain lawan

    Kemahiran Mencedok 

    Kemahiran mencedok hampir sama dengan kemahiran menguis tetapi sudut kecendongan permukaan  kayu lebih tinggi ke udara dan lebih jauh. Kegunaannya adalah untuk menghantar lebih jauh ke udara.

     
    Rajah 2 : Berdiri dan mata sentiasa
    memandang bola seperti pegangan 
    untuk kemahiran menguis

    Rajah 3 : Bola dicedok sepenuh tenaga ke hadapan tinggi

    Kemahiran Menggelecek 

    Menggelecek ialah cara mengawal bola sambil bergerak dan digunakan untuk melepaskan diri dengan bola daripada kawalan pihak lawan. Terdapat tiga kemahiran iaitu kelecek longgar, kelecek rapat dan kelecek cara ‘India’.

    i. Menggelecek  Longgar

    Menggelecek longgar digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola dengan cepat dan pihak lawan berada jauh dari bola.


    Rajah 4 : Menggelecek longgar sambil
    berlari ke arah gol 

    ii. Menggelecek  Rapat 

    Menggelecek rapat perlu apabila seseorang pemain hendak mengawal bola dengan rapi. Teknik ini berguna jika pemain tidak memperoleh situasi yang selamat untuk menghantar bola kepada rakan.

     
    Rajah 5 : Menggelecek rapat

    iii. Menggelecek Indian

    Menggelecek India adalah asas bagi semua pergerakan dengan bola dalam permainan hoki. Muka kayu bergerak bebas dengan bola. Teknik ini dilaksanakan di hadapan badandengan menggerakkan bola ke kiri dan ke kanan silih berganti menggunakan muka kayu dan kilas kayu. Tangan kiri sentiasa menggerakkan kayu manakala tangan kanan membenarkan kayu diputar bebas untuk menggerakkan bola.

    Rajah 6 : Menggelecek Indian