PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN BOLA JARING

1.  PERATURAN DAN PERALATAN

Sebelum anda meneruskan dengan topik ini anda diperlukan  untuk mengetahui peralatan-peralatan permainan ini. Tahukah anda bahawa sukan ini tidak memerlukan peralatan yang banyak; cukup sekadar hanya sebiji bola bersaiz sedikit kecil berbanding dengan saiz bola keranjang, gelanggang (tertutup atau terbuka), tiang gol dan 14 orang pemain (7 orang satu pasukan).Hanya dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal dan mengadili permainan ini.

Bola

Bola yang digunakan untuk pertandingan atau kejohanan biasanya berukuran standard dan disediakan sendiri oleh pihak penganjur kejohanan. Biasanya, bola saiz 5 yang juga seperti saiz bola keranjang digunakan. Ukur lilit bola adalah lebih kurang 99sm-102sm dan beratnya dianggarkan seberat 6.35 - 7.26 kg (perlu disemak). Bola ini diperbuat daripada kulit atau getah. Untuk menjaga kesempurnaan dan jangka hayat bola, ia hendaklah disimpan di tempat yang kering dan selamat setelah digunakan.

Rajah 1.1 Bentuk fizikal bola jaring

Tiang Gol

Kedua-dua belah gelanggang akan dipasang dengan tiang gol setinggi 3.05m (10 kaki). Biasanya tiang gol diperbuat daripada besi. Ukur lilit bulatan besi berjaring yang diletakkan di bahagian atas tiang ialah 38sm. Tiang gol ini hendaklah dicacakkan dengan teguh di kawasan jaringan (kawasan D) supaya tidak condong.

Rajah 1.2 Tiang Gol

Gelanggang

Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Namun begitu, bola jaring juga boleh dimainkan di gelanggang berumput di kawasan terbuka atau dibuat khas dengan menggunakan gelanggang simen atau parket sekiranya dimainkan di dalam dewan yang tertutup. 


Rajah 1.3 Gelanggang Bola Jaring


Garisan sepanjang 30.50m dinamakan garisan tepi manakala garisan 15.25m dinamakan garisan gol. Gelanggang terbahagi kepada 3 sempadan utama, 1 bulatan tengah dengan jejari 45.7sm dan dua separa bulatan yang dipanggil kawasan menjaring ataupun kawasan D di mana tiang gol didirikan pada pusat
bulatan.

Pemain
Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang pemain utama dan 3 pemain simpanan. Setiap seorang pemain mempunyai fungsi atau tugas yang tersendiri. Senarai dan kedudukan pemain adalah seperti berikut:

(a)  Penjaga gol (GK)

Penjaga gol (goal keeper = GK) menjaga penjaring gol (GS) pasukan lawan baik di dlamkawasan mahupun di luar kawasan jaringan. Penjaga gol boleh keluar masuk kawasangol. Di antara tugasnya ialah menjaga kawasan jaringan dan menghalang penyerang didalam kawasan jaringan. GK juga perlu bekerjasama dengan penahan gol (GD).

(b) Pertahanan gol / pertahanan dalam (GD)

Penahan gol (goal defence = GD), menjaga dan mengawal gerakan penyerang gol  (GA)pasukan pihak lawan sama ada di dalam kawasan tengah, kawasan gol atau di dalamkawasan jaringan. GD boleh menghalang hantaran atau mengawal mana- mana pemaindalam kawasan tengah atau kawasan gol, tetapi tugas utamanya ialah menghalangpenyerang gol daripada membuat jaringan. GD juga boleh menerima bola dari hantarantengah.

(c) Pertahanan sayap / pertahanan luar (WD)

Penahan sayap (wing defence = WD) merupakan pemain pertahanan. Tugasnya ialahmenghalang gerak geri dan hantaran yang ditujukan kepada penyerang sayap (WA) pasukanlawan dalam bulatan jaringan.
WD juga boleh bertindak sebagai penyerang . Ini berlaksemasa bole di hantar ke tengah atauke dalam oleh pemain lawan. Apabila pemain lawan membuat jaringan, WD akan mengawal WA. Kadangkala, WD boleh bertindak sebagai penyerang. Ini boleh berlaku semasa bola dihantar ke tengah atau ke dalam oleh pemain lawan.

(d) Pemain tengah (C)

Pemain tengah (centre = C) pula memainkan peranan yang penting kerana ia ditugaskansebagai penyerang dan merupakan pemain yang membuat hantaran tengah di awalpermainan. Kasawan C hampir meliputi keseluruhan padang bola jaring. C bolehbergerak ke semua kawasan kecuali di kawasan D.

(e) Penyerang sayap (WA)

Penyerang sayap (wing attack = WA) adalah juga penyerang, dan tugas utamanya menghantar bola dari kawasan tengah ke kawasan jaringan. WA selalunya akan menghantar bola kepada penjaring dan penyerang gol dengan kerjasama pemain tengah.

(f) Penyerang gol (GA)

Penyerang gol (goal attact = GA) ditugaskan sebagai penjaring. GA akan bekerjasamadengan pemain tengah, penyerang sayap dan penjaring gol. GA juga selalu menerimahantaran tengah dan bertindak sebagai penyerang.

(g) Penjaring gol (GS)

Penjaring gol (goal shooter = GS) bertugas sebagai penjaring gol. GS mestilah mahir membuat jaringan. Setiap pemain akan menjaga dan bermain di kawasan masing-masing. Pemain tidak bebas bergerak ke segenap sudut gelanggang dan mereka hanya bermain mengikut tugas yang telah ditetapkan.

2.  PENGADIL

 Dalam sesuatu pertandingan atau kejohanan, pengadil bertanggungjawab memastikan pertandingan itu berjalan lancar dan semua pemain bermain dengan ‘bersih’ dan mengikut peraturan permainan yang telah ditetapkan. Pengadil adalah orang yang paling berkuasa dalam gelanggang. Sebarang keputusan yangdibuat olehnya adalah muktamad.

Terdapat 2 orang pengadil dan 2 pegawai lain yang terdiri daripada seorang penjaga masa dan seorang lagi pencatat masa dalam satu pertandingan. Umumnya, 2 orang pengadil inilah yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perjalanan sesuatu pertandingan dan lazimnya pengadil ini terdiri daripada wanita tetapi terdapat juga pengadil lelaki.

Kawasan Pengadil

Oleh kerana dalam sukan bola jaring dimestikan ada dua orang pengadil, maka pembahagian kawasan antara mereka berdua amat perlu supaya keputusan yang dibuat tidak bercanggah. Untuk lebih jelas lagi, rujuk Rajah 1.5. Pengadil X mengadili dan membuat keputusan di dalam kawasannya sepanjang waktu permainan. Dia juga akan membuat keputusan untuk hantaran ke dalam jika bola keluar ke kawasan AB dan AD. Pengadil X juga akan memulakan permainan (hantaran tengah) setiap kali gol dijaringkan dalam kawasannya. Sementara pengadil Y pula akan mengadili dan membuat keputusan untuk hantaran ke dalam jika bola terkeluar dari kawasan DC dan CB.

Rajah 1.5 Kawasan Pengadil

 Gerakan Pengadil

 Berbanding dengan sukan-sukan lain, permainan ini memerlukan pengadil
bergerak di dalam kawasannya seperti yang telah ditetapkan, iaitu dari tengah gelanggang hingga ke sudut yang tertentu. Dia juga perlu berada di belakang kawasan gol untuk melihat jaringan yang dibuat.

Semasa dalam permainan, pengadil sepatutnya berada di luar gelanggang,
kecuali dalam keadaan atau tugas berikut:

1. Membuat lambungan
2. Menunjukkan tempat di mana penalti akan diambil
3. Melihat permainan dengan lebih jelas
4. Melihat pemain yang tercedera (jika ada)
Wisel adalah perlu bagi seorang pengadil dalam sepanjang masa permainan.

3PAKAIAN

Pemain dikehendaki berpakaian seragam yang sesuai yang terdiri daripada baju T-shirt, skirt, seluar pendek atau panjang, stoking dan kasut kanvas. Pemain juga dikehendaki memakai pakaian seragam berhuruf yang dipanggil ‘Bibs’. Huruf pada ‘bibs’ mestilah ditulis dengan terang di bahagian depan dan belakang yang menunjukkan posisi dan tugas mereka. Pemain bersama ‘bibs’ yang dipakai juga mestilah didaftarkan serta dipakai sepanjang waktu pertandingan. Sebarang barang kemas dan aksesori badan tidak boleh dipakai semasa pertandingan dan kuku mestilah dipotong pendek. Kasut-kasut yang diperbuat daripada bahan
ringan boleh dipakai tetapi kasut berpaku (spike) tidak dibenarkan.
Rajah 3.1 Pakaian yang sesuai untuk bermain bola jaring.


4.  CARA BERMAIN

Jumlah pemain dalam gelanggang ialah 7 orang untuk setiap pasukan. Ini bererti terdapat 14 orang pemain dalam gelanggang dalam satu-satu perlawanan. Dua orang pengadil akan berada di luar gelanggang untuk mengadili permainan mengikut pembahagian kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur pertandingan. Tempoh permainan mestilah diketahui oleh pemain. Peraturan dan undang-undang permainan seperti membuat jaringan, melakukan kesalahan membuat hantaran, membuat lontaran penalti, membuat hantaran percuma, mengawal gol dan menggantikan pemain juga hendaklah diketahui oleh setiap pemain.

 
Rajah 3.2 Permainan bola jaring

5.  MULA BERMAIN

Pemain tengah (C) akan melakukan lontaran mula. C akan melontar bola ke salah seorang rakan pasukannya, sama ada WA atau GA. Dalam situasi tertentu, WD dan GD juga boleh menerima hantaran tengah tersebut. Semasa melontar, C hendaklah memastikan bahawa kakinya berada di dalam bulatan di tengah-tengah gelanggang. Pemain tengah pasukan lawan mesti berada kira-kira 0.91m (3 kaki) dari pusat bulatan sementara pemain-pemain yang lain berada di tempat masing-masing. Apabila wisel ditiupkan, pemain tengah yang membuat lontaran mula akan melepaskan bola kepada pemain lain menandakan bermulanya permainan.

6.  TEMPOH BERMAIN

Bola jaring dimainkan dalam tempoh empat sukuan waktu (quarter). Setiap suku waktu ialah 15 minit dan akan diselang dengan waktu rehat selama 3 minit kecuali waktu rehat untuk separuh masa, iaitu 5 atau 10 minit. Waktu kecederaan dan gangguan akan diberikan, jika berlaku penangguhan permainan akibat sebarang gangguan atau sekiranya berlaku kecederaan. Selain itu, tempoh permainan 20 minit untuk satu separuh masa juga turut digunakan. Permainan akan diteruskan selepas sahaja gol dijaringkan.

Peraturan dan undang-undang permainan hendaklah sentiasa dipatuhi oleh setiap pemain semasa di dalam gelanggang. Setiap kesalahan yang dilakukan akan didenda. Pemain hanya boleh bergerak di dalam kawasan masing-masing dan jika ingin menukar kawasan, ia hanya dibenarkan selepas permainan dihentikan dan pemain itu mestilah juga memaklumkannya kepada pengadil.

Pemain boleh menangkap bola dengan satu ataupun kedua belah tangan. Dia juga boleh menepis atau menampar bola ke arah pemain lain dalam  pasukannya ketika bola sedang dilambung. Setelah bola ditangkap, pemain hendaklah melontarkan atau melantunkannya kepada pemain pasukannya dalam masa tiga saat. Pemain tidak dibenarkan menggulingkan bola atau memegang sambil berlari, atau melontar ke udara dan menangkapnya semula, atau menjatuhkannya dan mangambilnya semula (drop ball).

Pemain juga tidak boleh dengan sengaja menendang, merampas daripada pemain lawan, menumbuk atau memainkan bola apabila ia berada di atas lantai gelanggang. Selain daripada itu, pemain tidak dibenarkan menggunakan atau mendapatkan sokongan tiang gol apabila sedang membuat jaringan, ataupun menggoyangkan tiang gol supaya jaringan yang dibuat oleh pasukan lawan keluar daripada sasaran atau gelanggang.

7.  Ofsaid, Faul dan Penalti

 Pemain akan dikenakan denda jika melakukan kesalahan. Jika pemain bergerak melebihi atau keluar dari kawasan gelanggang yang dibenarkan untuknya bermain, dia dikira sebagai ofsaid. Selain itu apabila bergerak menangkap bola, kaki pemain mesti berada di dalam kawasan tertentu atau tidak ia dikira ofsaid.
Lambungan bola dilakukan untuk meneruskan permainan semula apabila dua orang pemain kedua-dua pasukan melakukan kesalahan serentak, pemain daripada kedua-dua pasukan menangkap bola pada waktu yang sama dan berlaku perebutan bola ataupun apabila pengadil tidak pasti pasukan mana yang telah melakukan kesalahan.

UNDANG-UNDANG AM BOLA JARING

1.  PENALTI

Berikut pula adalah undang-undang am bola jaring yang perlu anda teliti.
(a)  Penalti akan dikenakan bagi kesalahan di dalam gelanggang dan dikenakan di tempat berlakunya kesalahan melainkan
(i)     Apabila undang-undang advantage boleh digunakan. Ertinya, pengadil hendaklah menahan daripada membunyikan wisel untuk mengenakan denda sekiranya tindakan demikian akan mengakibatkan kerugian kepada pasukan yang dilakukan kesalahan.
(ii)  Mengikut ketetapan untuk undang-undang penalti (halangan dan sentuhan).
(b) Pengadil hendaklah menunjukkan tempat yang betul dan tepat.
(c) Apabila penalti dikenakan, kecuali lambungan yang diberikan kepada salah satu pasukan, salah seorang pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan masuk ke kawasan penalti boleh mengambil penalti itu.
(d) Pemain yang mengambil penalti mestilah melontarkan bola yang ada di tangannya dalam masa tiga saat selepas dia mengambil tempatnya yang betul.
(e) Apabila pemain mengambil sesuatu hantaran percuma, hantaran penalti, jaringan penalti, atau hantaran ke dalam, dia mesti mematuhi undangundang gerak kaki, seolah-olah kaki yang diletakkan di tempat yang ditunjukkan adalah sama dengan kaki mendarat semasa pendaratan atas satu kaki ataupun menerima bola dengan satu kaki tetap di atas tanah.
(f) Jika pemain yang mengambil hantaran percuma, hantaran penalti atau jaringan penalti melanggar undang-undang (c) hingga (e), hantaran percuma diberikankepada pasukan lawan.
(g)Jika pemain yang mengambil hantaran ke dalam melanggar undang-undang
 (c) hingga (e), hantaran ke dalam akan diberikan kepada pihak lawan.

2.  HANTARAN PERCUMA

Hantaran Percuma

Hantaran percuma pula diberikan untuk kesalahan-kesalahan yang berlaku di
dalam gelanggang kecuali untuk undang-undang halangan, sentuhan, kesalahan-kesalahan yang dilakukan serentak oleh dua pemain lawan dengan bantuan tiang gol.
Semasa pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan berada dalam kawasan itu membuat hantaran percuma, bola tidak boleh dibaling melebihi kawasan gelanggang seluruhnya tanpa disentuhi atau ditangkap oleh seorang pemain dalam kawasan itu.

Hantaran Penalti atau Jaringan Penalti

Satu hantaran penalti atau jaringan penalti diberikan jika pemain didapati melanggar undang-undang halangan dan sentuhan. Jika seseorang pemain didenda kerana sentuhan satu halangan, dia mesti berdiri bersebelahan dan jauh
dari pemain yang mengambil penalti. Dia tidak boleh membuat sebarang gerakan sehingga bola itu terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran. Jika pemain yang bersalah bergerak sebelum bola terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran, penalti akan diberikan semula kecuali hantaran atau jaringan itu berjaya melolosi jaring.
Penalti akan diambil dari tempat pemain yang membuat kesalahan kecuali jika tindakan itu merugikan pasukan yang membuat penalti. Sekiranya berlaku, penalti akan diambil di tempat pemain yang tidak melakukan kesalahan (disentuhi atau diganggu).

Berikut adalah beberapa perkara berkaitan pengambilan penalti:

(a)  Satu percubaan untuk menahan hantaran. Atau jaringan boleh dibuat oleh seorang pemain lawan yang dibenarkan ke dalam kawasan itu, selain daripada pemain yang melakukan kesalahan.
(b)  Jika pemain lawan tersentuh atau mengganggu pemain lain membuat hantaran penalti atau jaringan penalti, maka penalti itu akan dikenakan semula di tempat pemain kedua.
(c)Pemain pertama dan pemain kedua yang melakukan kesalahan hendaklah berdiri di sebelah dan jauh dari pemain yang membuat hantaran. Mereka tidak dibolehkan mengambil bahagian dalam permainan sehingga bola terlepas daripada tangan pemain yang mengambil.
(d)Apabila dua pemain daripada satu pasukan serentak menyentuh atau menghalang seseorang pemain dari pasukan lawan, mereka mesti berdiri di sebelah dan jauh dari pemain yang membuat hantaran. Kedua-dua pemain tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam permainan sehingga bola terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran.
(e)Apabila penalti diberikan dalam bulatan gol, penjaring atau penyerang gol  boleh membuat pilihan sama ada ingin membuat hantaran atau melakukan jaringan

Hantaran ke Dalam
 Apabila bola keluar gelanggang, bola itu akan diberikan kepada pasukan lawan untuk lontaran ke dalam sekiranya :

      (a)Pemain terakhir menyentuh bola itu, atau
     (b)Pemain yang menerima hantaran, tetapi anggotanya menyentuh kawasan luar gelanggang.

Lambungan 

Satu lambungan dibuat untuk memulakan permainan apabila:

(a) Dua pemain berlainan pasukan mendapat bola serentak iaitu sama ada dengan satu atau kedua-dua belah tangan.
(b) Dua pemain yang berlainan pasukan serentak menepis bola keluar gelanggang.
(c)Pengadil tidak dapat menentukan pemain yang paling akhir menyentuh bola sebelum bola itu keluar gelanggang.
(d)Dua pemain daripada berlainan pasukan keluar kawasan serentak dengan salah seorang memegang ataupun menyentuh bola.
(e)Dua pemain yang berlainan pasukan membuat sentuhan tubuh yang mengganggu permainan.


0 Comments:

Post a Comment