KEMAHIRAN ASAS SEPAK TAKRAW

KEMAHIRAN ASAS SEPAK TAKRAW

KEMAHIRAN TIMANGAN BOLA

Kemahiran ini penting untuk menyelamatkan bola yang berada jauh daripada jangkauan untuk kawalan bahagian dalam kaki. Apabila telah berjaya menyelamatkan bola, kembali gunakan bahagian dalam kaki untuk kawalan bola. Teknik ini perlu dilakukan secara perlahan-lahan kerana kekuatan yang kuat akan menyebabkan bola cenderung untuk hilang kawalan.





KEMAHIRAN SEPAK

Memaha 
Kemahiran ini merupakan satu teknik menampan atau menahan bola yang dihantar daripada pihak lawan. Memaha ini biasanya akan disusuli oleh kemahiran sepak untuk menghantar atau melambung bola.



KEMAHIRAN SERVIS

1.     Servis Kuda
-     Kemahiran ini telah diperkenalkan oleh negara Thailand. Pada mulanya kemahiran servis ini mendapat tentangan khususnya daripada Malaysia kerana  dengan adanya servis kuda ini telah menyebabkan sebahagian seni permainan takraw telah hilang. Akhirnya, Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) telah menerima pakai kemahiran servis kuda ini.


2.     Servis Semi Lob 
-       Merupakan servis asas. Servis dilakukan dengan tujuan untuk menghantar bola ke bahagian belakang gelanggang.

3.     Membaling Bola Servis
  •              Apit kiri atau apit kanan ditugaskan untuk membaling bola servis. Apit perlu mendengar arahan daripada pengadil kejohanan. Apabila selesai sahaja pengadil membuat arahan, apit hendaklah mengambil posisi yang betul dalam suku bulatan.
  •          Bola perlu dipegang dengan kemas dan tumpuan hendaklah diberikan kepada ketinggian yang diminta oleh tekong. Apit juga perlu memastikan bola akan sampai daripada jarak balingan yang dibuat.
  •  
    KEMAHIRAN REJAMAN

    Rejaman dilakukan untuk mematikan bola ke dalam gelanggang pihak lawan. Berbagai cara rejaman yang boleh dilakukan dan antaranya ialah:
    -       kilas
    -       lipatan gunting
    -       gulung        






    Menanduk
    Rejaman menggunakan kemahiran menanduk amat sesuai diguna pakai ketika bola berada di tengah-tengah jarring atau hampir dengan jaring. Tandukan dibuat dengan menggunakan bahagian hadapan dahi atau tandukan sisi kiri atau sisi kanan.

    Rejaman Gunting
    Kebiasaannya, teknik rejaman ini digunakan apabila bola lambungan berada berhampiran dengan jaring.

    KEMAHIRAN MENGHADANG

    Sejenis kemahiran tinggi yang diperlukan oleh setiap orang pemain. Teknik ini bertujuan untuk mematahkan rejaman pihak lawan daripada masuk ke dalam gelanggang. Menghadang boleh dilakukan dengan menggunakan kaki, paha, tapak kaki, bahagian badan dan kepala.



    KEMAHIRAN MENANDUK

    Merupakan salah satu daripada kemahiran sepak takraw yang penting. Kemahiran ini digunakan untuk menyerap servis daripada pihak lawan dan kadangkala digunakan untuk menghantar bola ke dalam gelanggang lawan dan mematikan servis. Kemahiran menanduk dilakukan di bahagian dahi, belakang, sisi kiri dan sisi kanan.







    0 Comments:

    Post a Comment